ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 April 2024.
1. Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
SWM Environment Sdn Bhd menasihatkan orang ramai supaya menguruskan sisa bunga api dan mercun dengan lebih teratur selain tidak memasukkan bahan itu ke dalam tong sampah komunal di kawasan berhampiran masing-masing.
2. 14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Sebanyak 14 kediaman termasuk dua rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) musnah dalam kebakaran di Kampung Tikandis di daerah Nabawan yang terletak di pedalaman Sabah semalam.
3. PDRM nafi individu jadi sasaran ejen Israel dalam tahanan polis
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.
4. Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada 8.30 pagi tadi.
5. Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
6. Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pihak pengurusan Masjid Negara tampil memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
7. Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Susulan kontroversi corak seakan kalimah Allah di kasut, pengurusan syarikat penjual kasut, Vern’s pada Ahad tampil memberikan penerangan terhadap corak di kasut tersebut.
8. #MZB365: Projek SAMA cadang mekanisma pelbagai parti urus isu ketegangan kaum
Melihat seakan-akan wujud ketegangan antara kaum, rentetan isu stoking tertera kalimah Allah di KK Mart, Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA) menyeru semua pihak untuk menggunakan pendekatan balas, kedaulatan undang-undang, dan mekanisme institusi.
9. Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini.
10. PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Bagi musim perayaan Aidilfitri ini, dijangka angka pengguna trafik mencapai sekitar 2.1 juta pada waktu puncak iaitu peningkatan 15 peratus berbanding 1.8 juta pada hari-hari biasa.
Astro Awani
Sun Apr 07 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.